Post info


Comments 1


Author: Damescus Lihem

Sejarah Ringkas Asal Usul Kampung Lanchang Bukar

     Pada zaman dahulu, ada 4 org adik beradik. mereka ini berasal dari perkampungan Rutoi, Sinangkan, Indonesia. 4 org adik beradik ini bernama Tiis, Ringgah, Sateb dan Jaweng. selama mereka hidup tidak pernah pun mereka bergaduh. Ibarat seperti Aur dgn Tebing...
Pada suatu hari, 4 org adik beradik ini berpakat untuk mencari kawasan yang sesuai utk dijadikan tempat tinggal. Mereka menyediakan bekalan yang secukupnya dan terus ke hilir sungai kayan dgn menggunakan sampan.Sesampai mereka di Kuala sungai Kuhas, mereka terus mengayuh sampan ke hulu sungai Kuhas dan terus berhenti di Kuala Nyukur.
      Adik beradik ini terus berbincang ingin berpecah untuk mencari tempat yg sesuai sambil mendengar kicauan burung pembawa nasib bagi menentukan kawasan yg sesuai dan boleh mendatangkan rezeki. Tiis dgn Ringah berpecah ke Hulu sungai Kuhas manakala Sateb dgn Jaweng menghala ke Hulu sungai Nyukur dan terus mendirkan pondok kecil. Mereka berdua terus tinggal di tanah hutan RIIH. Tiis dgn Ringgah pula sedang menghala ke Hulu Sungai Kuhas. untuk mencari tempat yang sesuai mendirikan pondok, tiba-tiba mereka dapati sungai menjadi keruh. Mereka terus menuju ke tempat sungai tersebut sehinggalah mereka terserempak dengan sekumpulan babi hutan yang sedang berkabung. jadi mereka berdua sepakat mendirikan pondok di tepi sungai tersebut. Di dalam perjalanan, Tiis dgn Ringgah ada mendengar kicauan burung pembawa rezeki..dlm masa itu juga mereka berdua membangunkan kawasan tersebut (Plaman) dan terus menamakan tempat tersebut BUKAR.
Setelah kawasan telah pun dijumpai...mereka berempat bersepakat balik ke tempat asal untuk membawa anak bini untuk tinggal di penempatan baru dan dijadikan perkampungan. Terlalu sangat mengharapkan nasib kicauan pemberi rezeki. Sateb dgn Jaweng kehidupan tidak mendatangkan kebaikkan. Rezeki tidak berapa baik dan anak cucu pun tidak berapa senang (hidup sederhana).
Tetapi lain bagi nasib kehidupan Tiis dgn Ringgah kehidupan penuh dgn kemewahan. anak cucu pun bertambah. hasil padi serta tanaman menjadi. rezeki melimpah-limpah. kicauan burung mereka membawa nasib yg baik. Tetapi kata org tua-tua sekiranya mendapat rezeki yg terlalu awal akan mengundag kesusahan. Petanda nya ialah Tiang rumah mereka menjadi hitam.
     Pada masa perayaan Gawai, orang tua yang bernama Sayab telah berkunjung ke kampung Sikarang. Apabila sesampainya di sana dia teserempak dgn penduduk yg sedang sibuk menambut perayaan gawai. Lalu Tuan Sayab dgn Panglima Mang Bujur yg berkawan rapat pun berjumpa. Tetapi semasa perayaan Gawai Panglima Mang Bujur ada menyuruh Tuan Sayab ne makan minum tahi dan air kencing beliau di tempat Panglima tu duduk. Tetapi Tuan Sayab tidak sesekali berbuat demikian dan engkar arahan Panglima Mang Bujur.Panglima pun naik marah lalu menghempuk Tuan sayab sebanyak 3 kali.Tuan Sayab merasakan pinggangnya sakit lalu dia terus beredar balik ke kampungnya di Bukar. Sampainya di kampung.Tuan Sayab menghebohkan kejadian yg menimpa diri dia kepada penduduk kampung. Panglima Mang Bujur telah melakukan perkara yang terkutuk kepada beliau.
Tuan Sayab ingin membalas dendam. lalu dia mengasah parang sampai tajam sekali utk persiapan ke perkampungan Panglima Mang Bujur. Sesampainya ia berdekatan dengan kampung, Tuan Sayab terserempak Panglima Mang Bujur sedang membuat sampan. " kamu hendak ke mana, Tuan Sayab" tanya Panglima Mang Bujur."nak jumpa kamu" jawab Tuan sayab."mana isteri dan anak kamu" tanya Tuan Sayab. "di rumah" jawab Panglima Mang Bujur.Tuan Sayab pun beredar meninggalkan Panglima Mang Bujur lalu terus menghala ke rumah Panglima Mang Bujur.Tuan sayab terus masuk ke rumah Panglima Mang Bujur lalu terus menetak Isteri dan anak Panglima. Mayat anak isteri Panglima Mang Bujur dibuang di depan tangga rumah, manakala kepalanya dibungkus dgn kain putih dan dimasukkan ke dalam bakul (Juah) dan bawa balik lalu ke Panglima Mang Bujur. Panglima Mang Bujur tak tahu niat Tuan Sayab. Panglima balik je terus melihat anak isteri mati dibunuh.
    Panglima pun sangat marah lalu menghantar kain merah dgn mangkuk jarum ke perkampungan yg terdekat. Kaum lelaki bergumpul hendak menyerang Bukar sebab nak balas dendam pada Tuan Sayab. Kaum lelaki datang dari Sikarang berkayuh ke hulu sungai Kayan lalu singgah ke Tebekang. dlm perjalanan mereka singgah ke Riih dan terus minta bantuan penduduk Riih untuk mengiringi mereka. penduduk Riih tahu niat jahat mereka lalu salah seorang mereka mengkhabarkan perkara tersebut kepada kampung Bukar peperangan akan berlaku. pada masa itu. penduduk Bukar ingin membuat majlis. Penduduk Riih mengambl kesempatan melambat kan keadaan. penduduk Bukar menunggu serangan sampai petang tetapi tidak ada apa2 yang berlaku. mereka tidak percaya serangan akan berlaku dan mereka terus meneruskan majlis. semasa mereka leka sedang bermajlis, musuh pun sampai. ramai penduduk lari bertempiran masuk ke dlm hutan, banyak yg terkorban. Ada seseorang bernama Panglima Mang Raya yg berada di dlm hutan sedang menebang buluh utk dijadikan "pagang, Pirangka gawai". penyerang tadi pula berpesta meraikan banyak kepala yang telah dipotong. setelah habis kerja2 Panglima Mang Raya, dia terus balik ke rumah. sesampainya di rumah, dia terkejut melihat anak bini serta penduduk kampung mati dibunuh. dia pun terus mengasah parang sehigga tajam.
Musuh yg berpesta tadi teserempak dengan Panglima Mang Raya,pendudk yg masih hidup disitu, lalu musuh menyerang Panglima Mang Raya. bersilang-silang parang ke badan Panglima Mang Raya tetapi tidak satu pun yang kena, kerana Panglima tersebut ada menggunakan guna2.iaitu ubat KEBAL.Panglima tersebut tidak akan membunuh musuh di berenda rumah tetapi dia membawa musuh tersebut ke sungai. Banyak musuh yg terkorban. tetapi panglima satu pun tidak mengalami kecederaan. Panglima Mang Raya berubah fikiran. sedih memikirkan anak bini telah meniggal kan dia...dia hidup pun tidak mempunyai apa2. lalu di tekad untuk mati. Panglima tersebut memberitahu pada musuh bagaimana nak membunuh beliau. lalu dia suruh musuh tebang buluh betong di silangkan di tanah. supaya bila beliau berlari, beliau akan tersepak buluh dan terjatuh. segala ubat kebal akan jatuh ketanah. semasa itulah musuh akan menyerang.
sebelum musuh beredar, rumah panjang penduduk habis dibakar, sebelum dibakar musuh tersebut sempat mengambil hasil tanaman utk dibawa balik. pada masa itulah mereka teserempak dengan anak dara yg menyorok di belakang "paje" di "rangah" rumah. anak dara tersebut bernama Disun. lalu salah seorang musuh tersebut mengambil nya utk dijadikan isteri. sehingga sekarang keturunan Disun ada di perkampungan Iban sekarang.

Itulah sedikit sebanyak ringkasan sejarah Bukar. Banyak lagi tetapi maklumat ini sahaja yang dapat diperolehi. Ada bahasa yg terlalu dalam yang sukar untuk diterjemahkan. Maaf sekiranya cerita ini ada menyinggung perasaan sesetengah pihak.

SEKIAN TERIMA KASIH.....Damescus @ Cast_bidayuh.

1 ulasan:


  1. Come N Join Now....

Catat Ulasan